tongkatwaran75 posted on 15-11-2010 05:44 AM

Barakallah? Laman web tawar murah upah buat assignment !

Laman web tawar upah buat tugasan, kerja rumah AS$2http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1115/Kosmo/Dunia/du_02.1.jpg
GAMBAR menunjukkan satu laman web yang menawarkan perkhidmatan untuk menulis esei di Internet.


SYDNEY - Pelajar-pelajar sekolah tinggi dan universiti di Australia menghantar kerja rumah dan tugasan untuk disiapkan ke India, Pakistan dan Mesir menerusi laman web di Internet dengan upah serendah AS$2 (RM6.21), lapor sebuah akhbar semalam.

Laman web itu menawarkan perkhidmatan untuk menyiapkan esei dalam bahasa Inggeris dan tugasan matematik.

Antara laman web itu ialah canadian essay.com, realassignment writing.com dan dissertation india.com mengiklankan harga dan tugasan yang ditawarkan.

Kebanyakan tugasan itu disiapkan oleh siswazah dari India dan Pakistan.

Pihak pengurusan sekolah gagal untuk menghalang pelajar yang menipu dengan menggunakan kemudahan itu kerana ia pada kebiasaannya gagal untuk dikesan dengan perisian plagiat.

Seorang pengasas sebuah laman web yang menempatkan tawaran perniagaan secara kecil-kecilan, Mat Barrie berkata, kerja rumah dan tugasan kerap di hantar ke lamannya, www.freelancer.com.

"Kami memperolehnya (tawaran itu) pada setiap masa," katanya.

"Sebagai pensyarah, saya tidak menyukainya tetapi sebagai pelajar, mereka cuba berusaha mencari jalan untuk menipu," tambahnya.


Menurutnya, terdapat pelajar di India yang memberikan jawapan dengan bayaran cuma beberapa dolar.

Pensyarah itu berkata, beliau pernah melihat soalan matematik dijawab dengan upah hanya AS$2 sahaja.

Akhbar Sunday Telegraph berjaya menghubungi seorang pekerja yang menawarkan perkhidmatan itu, Mohammed Ali Khan, 23, dari Islamabad, Pakistan yang merupakan seorang siswazah.

"Ia merupakan kerja sambilan saya. Saya memperoleh tugasan itu dari seluruh dunia termasuk dari Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK)," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah yang akan dikenakan untuk 1,000 perkataan bagi esei bahasa Inggeris Tahun 12, Mohammed memberi jawapan sebanyak AS$10 (RM31.09).

Menurutnya, beliau mendapat banyak tugas daripada pelajar-pelajar Australia.

Pihak pengurusan akademik berasa bimbang dengan gaya baru penipuan itu.

"Kami mengambil perhatian ini dengan amat serius, tetapi sedihnya, ia bukannya satu kejutan," kata Penolong Dekan University of Western Sydney, Craig Ellis.

Menurutnya, trend terbaru itu mencetuskan kebimbangan kerana ia sukar untuk dikesan disebabkan harga upah yang dikenakan terlalu kecil. - Agensi

p/s makin pandai mereka nie......                pandai menipu !

toncik posted on 15-11-2010 06:18 AM

ni berita betul atau tipu ni,.. tak jumpa pun laman web ni....:lol:

Muntz posted on 15-11-2010 06:57 AM

Time buat assignment boleh lah.. kalau time exam karang, tergagap2 nak menjawabnya... grammar lintang pukang.. nampak sangat ler. ;P ;P

zairizain posted on 15-11-2010 07:37 AM

tak takut kantoi ke? skrg ni kalau terkantoi terutama plagiat, ijazah pun boleh di tarik balik.

cik.panda posted on 15-11-2010 08:59 AM

apa maksud penggunaan barakallah kat thread ko ni? :o

ultra78 posted on 15-11-2010 09:16 AM

Kenapakah siswazah Malaysia tak ambil peluang ambil upah tulis esei? Mungkinkah sebab BI tak seberapa?

:lol:

sarcofago posted on 15-11-2010 09:37 AM

kenapa TT ni macam pelik je letak ayat2 dalam semua topik yg dia bukak? gile ker apa mamat nih. Tak baik la dol guna2 nama Allah ni

alfrina posted on 15-11-2010 09:51 AM

Reply 6# ultra78


    siswazah malaysia sibuk enjoy.. esp ari jumaat.. pas sembahyang jumaat dah sampai depan pintu panggung wayang :$

bmw_e34 posted on 15-11-2010 10:09 AM

Lucrative business. Aku selalu buat project degrree tahun akhir untuk student sc comp. :D.
Page: [1]
View full: Barakallah? Laman web tawar murah upah buat assignment !